Kedinginan malam ini sungguh lain dari lain..
hatiku jadi sayu seketika..
kerukunan malam ini…
kulihat dilangit…
Indah sungguh ciptaanNYA..
Bulan yang terang..
menerangi malamku ini…
Bintang-bintang berkelipan..
menemaniku malamku ini..

Angin malam menusuk ke tulangku..
kuterasa kedamaian malam ini..
kulihat bumi ini di terangi
cahaya lampu yang berwarna-warni..

Indahnya Malam ini…
kesayuan ku terubat dikala
aku melihat keindahan malam..
ku pasti ada yang sedang seronok di buai mimpi..
mimpi yang mungkin yang telah mereka
cuba fikirkan
sebelum mereka terlena..

Wahai! sekalian Umat Islam..
janganlah kamu terlena dalam tidurmu..
bangkitlah di waktu dinihari..
dan bersujudlah kepadaNya..
kesunyian malamlah..
yang paling baik untuk kalian bertafakur..

Malam kian larut..
dan fajar pagi akan menjelma..
malam akan kuketemui lagi…
selagi mataku masih celik..
selagi nadiku masih berfungsi…

Sumber : http://suriram.blogdrive.com/archive/9.html