Tuhan ku
Aku takut nuraka mu
Aku takut kesakitan amat di hari pembalasan
Lalu mendidik aku takut pada Mu .

Tuhan ku

Alangkah indah dan damainya
Bila ketakutan dan impian ngeri
Menjadi kerinduan dan kecintaan .

Lalu tidak ada istilah terpaksa meninggalkan dosa
Mengutip pahala kerana suka .

Bersama detik nadi , sentiasa ingatan di hati
Cinta hakiki yang paling suci.

Penulis : Saniza . Kuala Lumpur . 5 Muharram 1431.

Sumber : http://saniza23.blogspot.com/2009/12/ketakutan-ku-jadikan-cinta-dan.html